3 September 2015
Alhamdulillah, telah
selesai taklimat bagi pelajar-pelajar baru calon pascasiswazah Pusat Pengajian
Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Calon yang terpilih untuk
meneruskan pengajian di sini adalah seramai 190+ orang berbanding yang memohon
seramai 400+ orang. Daripada kesemua calon 3-4% daripadanya adalah calon PhD. Alhamdulillah
aku salah seorang yang terpilih meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana
Pendidikan. PhD, insyaAllah akan datang.
Sebenarnya dulu-dulu
masa tahun pertama sarjana muda, aku punya semangat belajar tinggi menggunung
konon-konon habis degree aku terus nak sambung master. Tapi bila aku dah mula
kerja, semangat nak sambung master aku dah semakin berkubur.
Tahun ini tanpa dirancang, Allah jodohkan aku dengan M.Ed. Jodoh belajar la dulu. Jodoh bersuami?? Mohon doakan aku. Ameen.
Pesan Mira. A : Semoga aku bertabahlah nak menghabiskan master dalam tempoh dua tahun ini.